Thursday 17 February 2011

Cik Bedah Usahawan Bahulu Tradisional

Sungkai, Felda Trolak Utara terkenal dengan kuih tradisionalnya yang diperbuat daripada ramuan sejak turun temurun oleh usahawan yang berasal dari tanah felda. Pada permulaanya beliau berniaga secara kecil-kecilan di kawasan setempat. Selepas beberapa tahun, kuih bahulu beliau mendapat sambutan hangat di pelusuk gugusan felda, di antaranya gugusan Felda Trolak, gugusan Felda Gunung Besout dan Felda Sungai Klah. Hasil daripada itu, beliau memperluaskan perniagaannya dengan bantuan dari Mara, Felda, Tekun dan badan-badan bantuan peniaga kecil. Dengan kerjasama daripada pihak-pihak tersebut, beliau dapat memasarkan produknya dengan lebih meluas di beberapa buah negeri, antaranya Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan bandar-bandar terdekat.
Setelah itu, beliau telah menyerahkan perniagaan ini kepada anaknya iaitu Hazli Hussain disebabkan faktor usia. Beliau mempunyai pekerja seramai enam orang. Pada masa sibuk seperti musim perayaan beliau mengambil pekerja sementara untuk melancarkan lagi pengeluaran produk. Beliau telah mensasarkan pasaran ini untuk masayarakat melayu. Dalam mengusahakan perniagaan ini, beliau telah menanam satu harapan dalam bidang ini iaitu produk yang dihasilkannya dapat menembusi pasaran di luar negara seperti di Eropah.
Selain dari kuih bahulu, beliau telah menghasilkan beberapa jenis kuih dan biskut seperti kuih bakar, tat nanas, kerepek bawang, kuih bulan, rempeyek, tiram manis dan pedas dan lain-lain. Setelah beberapa tahun mengusahakan perniagaan ini,beberapa anugerah telah dikecapi beliau seperti untuk kategori pembungkusan kuih bahulu, dan kategori jenama produk iaitu F-Best Food Hazli Hussain Enterprise.

Untuk tempahan sila hubungi:-
Norhalis Syafik Bin Md Sidek - 019-5520735

No comments:

Post a Comment